![]() |
Masa depan |
Suka
melihat gelagat ramai. Ada yang menang hadiah, ada yang menang sorak, semua
bergembira. Andai diberi peluang aku juga ingin bergembira dan berbahagia
seperti mereka. Terlalu ingin sekali. Mereka gembira kerana kejayaan, mereka
berjaya kerana mereka berusaha, sekeras mana itu taruhan mereka. Nah! buah paku
keras ada, nak berbahagia tanpa berjaya daripada berusaha. Mana mungkin!
Mustahil. Generasi sepertiku patut buka mata. Jangan dibuai mengantuk, nanti
kita kan rebah ditangga! Ayuh buka langkah. Berlari semahunya bila landasan
telah tersedia. Tanpa kau sedar betapa berharga nikmat masa yang ada. Jangan
sesekali gentar. Allah ada untuk kita. Kita bukan yang pertama, bukan yang
kedua, dan bukan juga pemegang bilangan seterusnya diuji untuk terus berdiri
disini.. kita penyambung perjuangan cuma! Bangkit berjuang. Demi suatu masa dan
nasib yang telah kita perjudikan tanpa rela atau sangka. Ayuh!
No comments:
Post a Comment