Thursday 9 February 2012

Dewasa yang Kotor

Erti kedewasaan
Melihat gelap lorong itu,
Yang melagut berjuta nyawa,
Suci dewasa yang tersandar,
Pada dinding dan lantai sketsa,
Setelah peluh hina terencis mewarna.

Ada dewasa kotor mengilai,
Dalam tawa kecaburan air mata,
Ada dewasa kotor berpoya,
Dalam rakus kecaburan dunia.

Sedang anak di rumah menjadi bisu,
Setelah tangis tiada tersisa,
Tiada susu tanpa ibu,
Tiada roti tanpa abi.

Kerlip anak kalau dimengerti,
Bawa aku pergi dari dunia,
Biar aku lari dari dunia.

Sesungguh aku teringin hancur,
Daripada terdewasa menjadi kotor.

11 comments:

Deru Ombak said...

Menghayatinya.. :)

Serunai said...

Karya lama yang dimuat dalam sebuah antologi sewaktu menyertai minggu penulis remaja. Bimbang berkarat. Rasanya elok dikongsi bersama. Sebuah nukilan yang tidak seberapa.

Jendela Hati said...

salam ziarah jua...
jika mengerti erti dewasa sudah tentu tidak kotor mengotorinya kan

azieazah said...

Adakala kekotoran itu memberikan kita kesedaran, bahawa kita harus lebih berusaha membersihkannya, dan menjadikan kita lebih suci dari sebelumnya...

betul?

Serunai said...

Benar.. tanpa kotor masakan kita mengenal bersih. Bait puisi.. kerlip anak kalau dimengerti, saya mengambil peluang disini untuk mendalami hati seorg anak kecil.

Unknown said...

salam perkenalan..setiap yg kotor pasti ada jalan untuk membersihkannya

Serunai said...

Gagal meninggalkan jejak di tapak anda kerana smenita. haha. Benar sahabat, setiap yang kotor pasti ada cara pembersihan.

Fauzan Ghazi said...

nak berpuitis juga namun xd bakat terpendam. :)

Serunai said...

Saudara, bakat tak kan terserlah tanpa ada keberanian.:) harus mencari. Terima kasih sentiasa pada yang peka termasuk saudara. Sebenarnya, sudah tidak bekarya bertahun lamanya. Kini mula mencari rasa cinta dalam penulisan. Untuk semua dan terutama diri sendiri. :)

Fauzan Ghazi said...

ye ke. so, teruskan berkarya dan ingat, niat ntuk ke arah jalan yg baik kerana sia2 sahaja jika apa yang kita lakukan tidak dikira ibadah untuk NYA. :)

Serunai said...

Hanya berkata manis agar saudara tetap mencuba. Anda pencinta seni. Fotografi. Pasti ramai kagum dan cemburu. Termasuk saya sendiri. Mencari DIA dalam setiap hasil seni, penulisan atau fotografi. Pasti ada. Dengan izinNYA. Agar ibadah terlaksana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...