 |
As Syahid Hasan Al Banna |
Rencana khas
sempena ulangtahun ke 63 pemergian As Syahid Hasan Al Banna (12/2/2012).
Tanggal 12
Februari 1949 telah meninggalkan sejarah hitam bagi gerakan Islam seluruhnya.
Dunia kehilangan seorang ulama' ulung yang mempelopori gerkn mengemblikan
Islam ke puncak kegemilangannya.
As Syahid Hassan
Al Banna belum sempat melihat Islam didaulatkan kembali setelah kejatuhan
khilafah Othmaniyyah, tetapi beliau telah menang dalam pertarungan
mendapatkan syahid. Pemergian beliau bukan secara kebetulan, tetapi ia
merupakan pembunuhan kejam yang terhasil daripada perancangan musuh-musuh
Islam yang berselindung di belakang Raja Faroq.
Dua bulan sebelum
kejadian, gerakan Islam yang diasaskan oleh As Syahid Hasan Al Banna telah
diharamkan oleh kerajaan Mesir. Kesemua cawangannya di sana yang berjumlah
lebih daripada 3,000 diarahkan supaya dibubarkan dan sekiranya masih
beroperasi akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas.
Bukanlah suatu
yang baharu bagi pemimpin Mesir menjadi 'pak turut' kepada negara-negara
Barat. Dalam mengharamkan gerakan Islam ini, kerajaan Mesir secara jelas
mengikut telunjuk Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
As Syahid Syed
Qutub yang berada di Amerika ketika pembunuhan Hasan Al Banna menceritakan
bagaimana rakyat Amerika Syarikat berpesta apabila menerima berita kematian
Hassan Al Banna.
TRAGEDI
Ketika kejadian,
Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran
dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti
perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi
lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan
tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah
teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'
Oleh kerana tiada
kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke
rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan
berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru
yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.
Bagi
menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke
Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al
Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan
kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12
Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan
terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.
Bukti Perancangan
semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan
anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan,
iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud
Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.
Mereka
dianugerahkan elun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan
keamanan negara.'
TEKANAN
Bergembiralah
musuh-musuh Islam dengan kejayaan mereka membunuh pengasas gerakan Islam
pertama di dunia selepas kejatuhan khilafah Othmaniyyah.
Dengan kejayaan
mereka membunuh Imam Al Banna, maka bertambahlah tekanan demi tekanan ke atas
pengikut-pengikut serta anak-anak murid Imam Al Banna. Mereka mencari anggota
Ikhwanul Muslimun dari rumah ke rumah serta memenjarakan mereka.
Rumah As Syahid
Imam Al Banna tidak terkeculi daripada pemeriksaan. Bahkan mereka mengadakan
kawalan khas di sekeliling rumah berkenaan selama dua tahun. Sesiapapun tidak
dibenarkan menghubungi keluarga Imam Al Banna. Sesiapa yang cuba menghubungi
keluarga berkenaan akan ditangkap dan dipenjarakan.
Talian telefon di
rumah berkenan dipotong. Tidak cukup dengan itu, mereka akhirnya mengelurkan
arahan supaya rumah berkenaan dirobohkan dengan alasan ianya sudah usang dan
dibimbangi akan membahayakan orang ramai, sedangkan rumah berkenan masih
dalam keadaan elok.
Kebimbangan
mereka ke atas dakwah Ikhwan ternyata sekali apabila jenazah As Syahid tidak
dibenarkan diiringi oleh sesipapun di kalangan lelaki. Jenazah beliau
diiringi oleh para malaikat dan kaum ibu ke kubur. Lelaki yng mengiringi
beliau hanyalah bapanya, Imam Abdul Rahman Al Banna dan Syeikh Makram Abid.
Teknan ke atas
anggota-anggota Ikhwan berterusan walaupun Al Malik Faroq sudah tidak
berkuasa lagi di bumi Mesir. Tahun-tahun 1954, 1065 dan 1981 telah merakamkan
seribu satu macam kengerian di atas penyiksaan yang dikenakan ke atas anggota
Ikhwan.
Ramai ulama'
dibunuh ditali gantung. Tidak kurang juga yang disiksa dengan pelbagai jenis
penyiksaan di dalam penjara yang tidak diketahui di mana letaknya.
GAGAL
Musuh-musuh Islam
menyangka mereka berjaya menyekat dakwah Islmiyyah dengan membunuh Imam Al
Banna dan menekan pengikut-pengikutnya. Sebaliknya kehendak Allah mengatasi
segala-galanya.
Dakwah Islmiyyah
ini semakin tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Di sebahagian besar negara
Arab kemudiannya ditubuhkan cawangan Ikhwnul Muslimun. Di Turkey ditubuhkan
Refah Partisi. Di India, Pakistan dan Bangladesh ditubuhkan Jamaat-E-Islami.
Di Malaysia ditubuhkan Hizbul Muslimin yang kemudiannya diharamkan oleh
Inggeris dan digantikan dengan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS). Di
Indonesia, umat Islam menubuhkan Mayumi. Di Palestin di tubuhkan Hamas dan
begitulah seterusnya. Parti dan gerakan Islam satu demi satu bercambah hasil
daripada 'biasan sinar dakwah' Imam Al Banna rahimahullah.
MENGAPA DIBUNUH?
Ramai berpendapat,
Imam Al Banna tidak akan dibunuh jika beliau tidak menyertai jihad menentang
Israel pada 1948. Mana mungkin imamul-jihad ini berdiam diri melihat Yahudi
meratah-ratah daging saudaranya di bumi Isra'. Sebab itulah beliau menyandang
senjata dan mengerahkan umat Islam supaya berjihad, menyahut seruan Allah di
dalam Al Quran.
Maka 'jihad'lah
yaang menjadi punca kemarahan musuh-muuh Islam. Sebelum itu mereka tidak
begitu gentar terhadap dakwah Imam Al Banna.
Dakwah yang
dilakukan oleh beliau di Mesir adalah dakwah yang penuh dengan hikmah;
mengajak manusia kembali kepada Allah, melaksanakan perintah Allah dan
meninggalkan larangannya. Hasan Al Banna tidak pernah mengkafirkan sesiapa
sesuka hati. Tidak pernah mengarahkan sesiapa melakukan pembunuhan ke atas
pemimpin-pemimpin tertentu dan tidak pernah merancang untuk menggulingkan
kerajaan secara kekerasan.
Dakwah sebegini
lazimnya tidak mengundang sebarang tindakan negatif pihak musuh. Tetapi
sebaik sahaja melihat kejayaan beliau mengajak umat Islam Mesir menyerti
peperangan terhadap penjajah Israel di bumi Palestin, maka musuh-musuh Islam
merasa gerun.
Mereka bimbang,
orang yang mampu mempengaruhi orang ramai ini akan menumbangkan kuasa mereka
suatu hari kelak. Peritiwa ini seakan-akan sama dengan peristiwa Singapura
diserang todak. Budak yang berjaya menyelamatkan Singapura daripada diserang
todak itu akhirnya dibunuh kerana dibimbangi kepintarannya itu akan
menyebabkan kuasa raja tumbang suatu hari kelak.
JASA 1948
Betapa besarnya
jasa Imam Al Banna dalam menggerakkan umat Islam berjihad menentang Yahudi!
Dalam keadaan umat Islam terlena dibuai mimpi-mimpi indah, beliau menyedarkan
mereka supaya bangkit dan menghalau penjajah di Baitul Maqdis.
Mereka bangkit
dan berada di barisan hadapan daripda pasukan tentera Mesir ketika itu.
Dengan semangat jihad yang kental yang ditanam oleh Imam Al Banna mereka
melangkah gagah dan hampir setiap pertempuran menyaksikan kemenangan berpihak
kepada mereka.
Ketika mereka
sudah berada dipinggir Tel Aviv, kerajaan Mesir memanggil pulang. Dan apabila
pulang, mereka dapati pemimpin mereka, Imam Al Banna telah dibunuh dengan
kejam.
Bahkan mereka
yang pulang itu pula ditangkap dan dipenjarakan. Kepulangan mereka bukan
disambut dengan bunga manggar mahupun anugerah pahlawan. Bahkan mereka
disambut dengan penjara dan tali gantung.
Bermula tanggal
berkenaan, Yahudi kembali berkuasa ke atas seluruh Palestin sehinggalah ke
hari ini. Mereka kembali melakukan kekejaman ke atas umat Islam tanpa mengira
lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak, muda mahupun tua.
Dr Ahmad
Al-Malat, Pengerusi Persatuan Perubatan Islam Kaherah yang merupakan salah
seorang anak murid Imam Al Banna berkata, “Kalaulah tidak kerana pengkhiantan
yang dilakukn ke atas Imam al Banna nescaya tinta sejarah (Paletin) telah
berubah (insya Allah).”
Dr Al-Malat
adalah salah seorang doktor bedah yang ditugaskan oleh Imam Al Banna untuk
menyertai peperangan menentang Yahudi di Paletin. Beliau memberikan khidmat
kepakarannya kepada mujahidin yang tercedera.
Bersempena ulang
tahun pemergian Imam Al Banna, Dr Al-Malat yang sudah lanjut usianya berpesan
kepada pemuda-pemuda gerakan Islam yang sedang ditekan di seluruh dunia,
“Kita mahu pemuda-pemuda yang berkata kepada dunia, 'Cukuplah....'. Kita mahu
pemuda-pemuda yang sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan musuh...
Sesungguhnya pertembungn di antara hak dan batil berterusan tanpa henti. Dan
kita adalah tentera di pihak yang hak. Untuk itu kita perlu menggantikan
panglima ini (Imam Al Banna) yang telah menjual dunia dan membeli keredhaan
Allah...”
MENCARI AL BANNA
KEDUA
Kini, ketika
dunia sedang menyaksikan penindasan berterusn ke atas umat dan gerakan Islam,
kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan
Al Banna.
Tidak adakah
seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam
setelah dirobek-robekkan oleh Amerika, Britain, Israel, Perancis dan sekutu
mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Mindanao, Checnya, Kashmir dan
lain-lain.
Sudah tibakah
masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji dan dicuba lantas
berkatalah rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:
"Bilakah
akan datangnya pertolongan Allah?"
Allah menjawab:
"Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir.
|
6 comments:
WAH...dia punya info,,haha
ha3.. blog dia kontrobesi sungguh.. tunggu punya tunggu hendak menanam benih kelapa. Sampai bila?
Assalamualaikum Serunai..
Bilakah Akan adanya kebangkitan negara-negara Islam di sebelah ufuk sana untuk memperjuangkan kebebasan Palestine Dari regime zionis? Bilakah Baitul Maqdis, kiblat pertama kita dapat dimuliakan semula sepenuhnya.?
Jika Allah sudah menjawab,, "pertolongan Allah sudah hampir " maka bersedialah kita hambaNYA untuk menghadapi hari yang dijanjikan..
Waalaikummussalam, persoalan bilakah masanya akan tiba ada rahsia Allah. Hanya Dia yang akan menentukan. Kita sebagai manusia yang masih diberi kesempatan tidak harus hanya menanti. Sebaliknya harus berusaha mengikut kadar kemampuan masing. Dan ada satu ingin saya nyatakan disini, kerana tertarik dan masih tidak lupa pada tulisan blog seorang kawan. " Tembaklah peluru doa banyak2 untuk orang yang kita sayang, termasuk saudara kita disana". Kerana mungkin itu yang mampu kita lakukan sekarang. Sesungguhnya doa adalah senjata setiap umat islam. Dan doa yang paling mustajab adalah doa yang kita panjatkan tanpa pengetahuan org yang didoakan.
sebak baca entry ni...
saudara islam kita berperang dengan musuh2 nyata Islam
kita di malaysia ni..berperang dengan musuh2 tersembunyi..banyak budaya2 dr barat y semakin menguasai malaysia..
siapa al-banna kedua?
wallahua'lam
Umpama menentang dalam gelap, mata pula masih terpejam. Suka atau tidak, negara ini yang dikatakan merdeka sebenarnya masih dijajah. Banyak bidang masih tidak beridentiti sendiri. Al- Banna kedua pasti dinantikan oleh semua. Yang pasti pengganti Al- Banna bukan seorang yang hidupnya sentiasa senang, pengikutnya yang sentiasa mengangguk, isterinya kaya raya dengan duit yang entah dari mana. Tetapi, seorang yang beragama, tidak lekang dari mehnah dunia. Bukan menembak sesiapa, tapi inilah jawapan bila ditanya siapa Al- Banna kedua.
Post a Comment