Friday, 10 February 2012

Peringatan Maulidur Rasul

Hiasan semata
Mimbar Jumaat pada kali ini tajam tapi benar sekali. " Maulidur Rasul disambut oleh 2 jenis golongan islam, golongan yang menyintai Baginda pada lisan dan meneruskan perjuangan Baginda melalui tindakan dan yang menyintai Baginda pada lidah tetapi menentang perjuangan Baginda melalui tindakan mereka"- ulasan tidak tepat seratus peratus tapi begitulah rumusan ringkasnya. Ada juga tentang menyintai Baginda dengan memelihara sunnah Baginda. Tentang ganjaran atas memelihara sunnah. Pahala sebagaimana mati syahid. Dan di mimbar itu juga suatu kisah disingkap, seorang kolumnis arab saudi, Hamza Kashgari ditangkap di KLIA atas kesalahan menghina Nabi Muhammad SAW. Di sana, (tanah kelahiran kolumnis) ada Masjid Nabawi dan di situ jua wujudnya Kaabah. Bagaimana pula agaknya fenomena yang sebenar di tempat kita? Ini persoalannya.

Catatan Kembara,
Masjid At Taqwa, Batu 6,
10 Februari 2012.

6 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Serunai,,
Rasanya saya pernah berkata, bila kita berbicara tentang perjuangan ummah.

Bagi saya, jika mahu berjuang untuk Islam, biarlah perjuangan itu berlandaskan Islam yang sebenarnya.

Kalau Nama saja di lahirkan sebagai Islam, tapi dengan lancang menghina RASULULLAH .. Adakah kita sudah menuju ke akhir zaman?

Serunai said...

Wassalam, kita kini umat di akhir zaman. Bicara soal perjuangan, rasa tertinggal jauh di belakang.

Fauzan Ghazi said...

..., Muhammad pesuruh Allah (Syahadah).

dalam syahadah kita juga sudah menetapkan jalan siapa yg patut kita ikut, dan sunnah beliau yang patut jadi pilihan cara hidup kita.

Serunai said...

Penghidup sunnah Baginda adalah manusia yang menyintai Baginda. Masih terlalu jauh untuk menyintai Baginda. Kenyataan benar walau pahit utk ditelan.

Fauzan Ghazi said...

herm. moga kita semua menjadi pencinta Rasulullah sejati. :)

Serunai said...

Mudahan diperkenan. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...