Friday 3 February 2012

Politik Mural

Seni Mural merupakan suatu bentuk karya seni yang hampir mirip dengan seni graffiti. Kemiripan kedua-dua seni ini terbukti apabila karya-karya  seni ini sama-sama mengandung makna atau suatu nilai moral yang tersurat mahupun yang tersirat. Seni Mural amat jarang kita temui di sekitar kota-kota kecil. Seni ini di buat oleh Bomber yang bertujuan untuk mengkritik, melecehkan, atau memuji tentang suatu keadaan masyarakat atau poilitik semasa atau dipersekitaran mereka.

Seni mural sinonim  digunakan untuk mengkritik pemerintah yang kurang adil terhadap rakyatnya. Kerana  hal yang demikian, Seni Mural ini sering di label kriminal oleh masyarakat setempat, terutama golongan atasan (Perompak Besar). Namun ada juga sebagian Bomber yang membuat Seni Mural ini sebagai media curahan hati mereka. Seni Mural biasanya berupa karikatur seseorang atau animasi seiras yang menggambarkan kritikan tentang berbagai- bagai hal.

Pernah suatu ketika pada dinding sekolah saya (Sekolah Menengah Teknik Terengganu) , satu mural berkarikatur anak watan berbagai profesyen gah terpampang pada bidang dinding dewan. Nah, untuk apa? Bukanlah sekadar memenuhi bidang dinding yang tidak disengajakan kosong, atau untuk membuktikan di dewan itu telah lahir berbagai watak manusia berjaya, tapi sebenarnya menyatakan harapan yang jelas berbentuk kritikan membina. Kritikan yang memberi harapan kepada setiap pelajar untuk berani bermimpi dan bercita-cita! 

Artis mural

Mural 'futher the dream'

Mural kasih sayang ayah
Namun persoalan lebih besar dan cukup tajam untuk saya asah di sini, bagaimana pula seharusnya seni mural yang harus kita pertontonkan bila mana kerajaan pada hari ini cukup rakus dalam mengisi tembolok mereka tanpa mempedulikan kita, seluruh penduduk marhaen? Bagaimana agaknya seni mural anda. Usah bicara soal perjuangan,  andai diri terlalu takut mencari kebenaran.

4 comments:

Deru Ombak said...

Seni mural di lakar untuk bercerita. Sekali lagi terpulang kepada mata hati yang mengerti ceritanya.

Apakah erti perjuangan sekiranya hanya untuk sama-sama mengisi tembolok?

Insan Marhaen seperti kita tetap ada bahagiannya yang disediakan oleh Allah, malah lebih murni dari apa yang terdapat ditembolok mereka. :)

Serunai said...

Diharap seni mural kita kan lebih bermakna. Ya! apalah ertinya perjuangan andai hanya mengisi tembolok.

Päk Läng said...

begitu juga dengan stencil
walaupun agak ringkas tp sangat
sesuai utk memprotes

Serunai said...

satu idea baru barangkali..stencil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...