Wednesday 1 February 2012

Anak 'Sekeh'

Anak
Dengan marah-marah, budak sekecil itu ditolak kepalanya. Bahasa daerahku melabelkannya 'sekeh', bukan satu peri laku dalam berkasih sayang. Itu yang benar - benar terjadi memaksa mata dan kepala ini menjadi saksi. Seorang anak sekecil 12 atau 13 tahun mungkin, kelihatan keluar dari sebuah kereta yang dipangkir bersebelahan motorku di hadapan sebuah bank mini . Terfikir pada awalnya satu keluarga yang lengkap di dalam kereta tadi. Ada lelaki dan perempuan di tempat duduk hadapan. Sedang aku di ATM ( Auto Teller Machine), budak sekecil itu terlihat memasukkan kad berulang kali pada CDM (Cash Deposite Machine). "Ah, masakan anak sekecil itu tahu mengirimkan wang kepada sesiapa",monolog rawak hatiku. Ku perhatikan seketika lelaki yang tadi pada tempat duduk hadapan kereta, mungkin bapanya datang terus membebel dan menolak kepala budak tadi mungkin kerana menunggu lebih kurang 10 minit. Apa yang aku faham bebelan Si Ayah dalam bahasa daerah mereka, menyatakan "Tak kan tak tahu ATM untuk ambil duit, bukan CDM", rupanya budak tadi ingin mengeluarkan wang, bukan memasukkan wang. Kesian. Terdiam aku, bukan kerana bimbang dimarahi kerana mungkin dituduh menjaga tepi kain orang, tapi seakan tidak percaya erti kasih sayang itu. Benar, manusia banyak ragam. Dan aku sekali lagi lebih kesian pada nasib anak kecil tadi, bukan kerana 'sekeh', tapi kerana aku percaya andai diberi pilihan, dia pasti tidak mahu ayah begitu!

4 comments:

Päk Läng said...

kemanusian makin hilang
hari demi hari

Serunai said...

Bila sesuatu yang besar dipandang kecil dan begitulah jua sebaliknya.

Deru Ombak said...

Betapa indahnya kasih sayang jika boleh dimengerti dengan mata hati.

Serunai said...

Mata hati yang celik jauh bermakna berbanding mata terbuka yang 'buta'..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...