Sabar |
Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang
pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita
yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba
wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu
hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka
hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu
Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"
Wanita
itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing
korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang
satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba
anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku
tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab
adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu
disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia
merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang
mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu
sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari
suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas,
ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis
melecur kulit badannya.
Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin
dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya.
Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu
Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah
yang sangat hebat itu ?"
Wanita
itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan
mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda.
Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji
akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni
sia-sia belaka."
Demikianlah
cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran
sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku
beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu
juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.
Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda
kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab
orang."
Dan
sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang
yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi
pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga
kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
1 comment:
Assalamualaikum Serunai..
Alhamdulillah kerana dapat mengerti erti sebuah kehidupan yang diuji kesabarannya.
Terima kasih
** anda dari Samarahan, Sabah kah?
Post a Comment