Erti Bersahabat |
Islam memberikan garis panduan di mana seseorang bersahabat
dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan-tujuan
tersebut ialah :
1) Bersahabat kerana Zat (diri) orang tersebut.
2) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Dunia.
(Seseorang yang bersahabat dalam ketegori ini, akan bersahabat untuk
mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan & pangkat).
3) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Akhirat.
(Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan Akhirat seperti bersahabat dengan
orang yang berilmu supaya mudah beribadat kepada Allah S.W.T.)
4) Bersahabat kerana Allah S.W.T. (Allah S.W.T memerintah
di antara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi
dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan
Allah S.W.T
DEKATI
Orang yang berakal.
Orang baik perangainya.
Orang yang beragama.
Orang berpegang dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah.
Orang yang Zuhud terhadap dunia.
JAUHI
Orang yang banyak berdusta.
Orang yang Kurang akal.
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya
mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat
mencari erti persahabatan tulen.
"Aku
mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku
mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan
denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku
mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur
baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji
akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk
berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh
sahabat, aku semakin percaya diri." - Imam Shafie
6 comments:
Sahabat baik saya adalah seorang lelaki. Memang pelik, tapi kerana saya telus dengan suami kami bersahabat bersama tanpa prasangka.
Tak susah pun, asal jujur dan niat betul.
Assalamualaikum Serunai..
Nice N3...menyentuh hati..
Bila ketetapan dan ketulusan hati terjaga, kawan baik kita boleh jadi siapa saja. Lelaki atau perempuan. :) Sesungguhnya bersahabat itu indah
Wassalam Deru Ombak, entri untuk mengingatkan semua terutama diri sendiri. " Sain2 penting boh"- Dialek Terengganu. hu3
mmg susah nak cari sahabat yang baik sbb bile fikir2 balik, diri sendiri pun bkn sowg shbt yg baik..huhu..~
Sama la kite ni sue.. n3 ni pun adalah untuk kite sedar yg kite bukanlah sahabat cam Imam Shafie cakap.. ingin menjadi lebih baik dari masa ke semasa..
Post a Comment