Saturday 18 February 2012

Bersahabat


 Erti Bersahabat

Islam memberikan garis panduan di mana seseorang bersahabat dengan seseorang yang lain mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Tujuan-tujuan tersebut ialah :

1) Bersahabat kerana Zat (diri) orang tersebut.

2) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Dunia. (Seseorang yang bersahabat dalam ketegori ini, akan bersahabat untuk mendapatkan nikmat keduniaan seperti kekayaan & pangkat).

3) Bersahabat kerana maslahat (kelebihan) di Akhirat. (Mereka bersahabat kerana untuk mendapatkan Akhirat seperti bersahabat dengan orang yang berilmu supaya mudah beribadat kepada Allah S.W.T.)

4) Bersahabat kerana Allah S.W.T. (Allah S.W.T memerintah di antara satu sama lain hendaklah ada kasih mengasihi seperti ia mengasihi dirinya sendiri). Golongan ini adalah golongan yang terbaik dan hampir dengan Allah S.W.T

DEKATI

Orang yang berakal.

Orang baik perangainya.

Orang yang beragama.

Orang berpegang dengan Ahli Sunah Wal-Jamaah.

Orang yang Zuhud terhadap dunia.

JAUHI

Orang yang banyak berdusta.

Orang yang Kurang akal. 


PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. 

 "Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri." - Imam Shafie

6 comments:

azieazah said...

Sahabat baik saya adalah seorang lelaki. Memang pelik, tapi kerana saya telus dengan suami kami bersahabat bersama tanpa prasangka.

Tak susah pun, asal jujur dan niat betul.

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Serunai..
Nice N3...menyentuh hati..

Serunai said...

Bila ketetapan dan ketulusan hati terjaga, kawan baik kita boleh jadi siapa saja. Lelaki atau perempuan. :) Sesungguhnya bersahabat itu indah

Serunai said...

Wassalam Deru Ombak, entri untuk mengingatkan semua terutama diri sendiri. " Sain2 penting boh"- Dialek Terengganu. hu3

Anonymous said...

mmg susah nak cari sahabat yang baik sbb bile fikir2 balik, diri sendiri pun bkn sowg shbt yg baik..huhu..~

Serunai said...

Sama la kite ni sue.. n3 ni pun adalah untuk kite sedar yg kite bukanlah sahabat cam Imam Shafie cakap.. ingin menjadi lebih baik dari masa ke semasa..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...