Kerana smenita |
Cuba meninggalkan jejak dari tadi. Beberapa tapak blog sahabat terpaksa di tinggalkan. Amat mengecewakan. Smenita oh Smenita. Berpuluh kali menaip Smenita di tapak yang berbeza- beza, hasil tetap sama. Hampa. Paling akhir, tertarik dengan bait puisi. Tetap jua Smenita membenarkan patah dirinya kutaip, tetapi masih membuktikan aku seorang robot. Sengal! Masakan robot menulis ini. Kerana cintamu, aku merapu kini.
8 comments:
hmmm..kenapa jd mcm tu ek? kat sini pun ada smenita ni..
hm, nyampahnye smenita nie!
Assalamualaikum Serunai,,
Saya juga mengalaminya. Ini Kali ketiga kemari.
Wassalam Deru Ombak. Mungkin ada masalah ngan system..lagging bila smenita diseru. Salam kenal buat Ayuni.
saya juga dilambung ombak cinta Smenita kita pada pagi tadi. :)
hahaha... tak sangka ramai juga dilamun cintanya..bahkan bila digoogle, ternyata benar smenita bukan calangan cinta.
tu lah. fenomena smenita cinta terhalang. :D
**xnak da smenita tu. hehe
mintak2 jauh.. lebih menyusahkan drpd menyenangkan. :)
Post a Comment