Friday 3 February 2012

Senyumlah!

Membudayakan senyum
Senyuman yang terukir kerana rela atau terpaksa tidak perlu dibayar tetapi mendatangkan banyak faedah. Tiada insan yang lebih memerlukan sebuah senyuman selain daripada seseorang yang tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan. Tiada insan yang terlalu kaya di dunia ini sehingga tidak memerlukannya lagi, jua tiada insan yang terlalu miskin hingga tidak mampu memberikannya. Ia mencipta keriangan di rumah, memupuk perhubungan baik dalam perniagaan dan ianya sebagai penghargaan dalam sebuah persahabatan. Senyuman juga adalah sedekah yang menambahkan keceriaan penerima tanpa mengurangkan pemiliknya. Ia adalah ketenangan kepada pemberi, harapan kepada yang kecewa, cahaya kepada yang bersedih dan menjadi pelindung semulajadi yang terbaik daripada kesusahan yang menimpa. Ia tidak boleh dibeli, diminta, dipinjam atau dicuri kerana ia adalah sesuatu yang langsung tiada faedahnya melainkan setelah diberikan kepada orang lain. Ia terjadi dalam sedetik, tetapi boleh meninggalkan kenangan untuk selama-lamanya. Demikian penceritaan tentang sebuah senyuman. Senyumlah!

2 comments:

whitecappuccino said...

senyuman ikhlas menceriakan wajah mendamaikan hati.

Serunai said...

Senyuman jua penyembuh hati derita, jiwa yang terluka. Dengan senyum, hidup pasti lebih bermakna.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...