Sketsa Cinta Rimba |
Hari berlalu pantas, memberi
ruang kepada malam
mempamerkan rupa. "Malam
ini, segalanya akan berubah.
Kaumku dan puak
Pak Belang akan
bersatu hati menentang
mereka. Kali ini
aku akan menyedarkan
mereka agar berpijak
di bumi yang
nyata".
“Wahai segala
penghuni belantara, kaumku
mahupun puak Pak
Belang yang kuhormati
dan kukasihi,” ucapku sebagai pembuka
bicara.
“Tujuan aku
memanggil kalian ialah agar dapat
membela nasib kita
semua yang telah
ditindas selama ini.”
“Pak Belang,
aku mencadangkan agar
puakmu menjalankan intipan
terhadap kegiatan mereka
di sini.”
“Aku mahu,
bila mereka membinasakan
kaumku, kau terkam
mereka, kau siat
kulit mereka. Biar
mereka menyesal.”
“Baiklah, Bang Meranti.” Jawab
Pak Belang tegas.
Ketegasan inilah mungkin
membuatkannya lebih digeruni dalam belantara ini. Malam itu, segala
isi belantara bergadang.
Tidak mahu kawasan
kami dicabul walau
seinci pun. Biar
belantara ini fana
milik kami. Luka
yang belum tertutup
setelah sekian lama
kini terpelahang kembali.
Sungguh zalim manusia.
Kamar tidak
mencalak seperti dahulu.
Mungkin turut fobia
dek fasad yang
menggebah melanda kini.
Tiada lagi sinar
afsun yang tersaji
untuk segala isi
alam.
Desik bayu
lemah berlagu. Tiada
lagi korus rancak
melanggar daunku. Segalanya
bermelankolia. Melainkan hilaian
bedebah-bedebah itu galak
menyering zarah-zarah bisu
malam. Hilaian sebagai
cagaran kewalangan kami
selepas ini.Tiada siapa
yang tahu.
Malam berlalu
dalam kepekatannya.
No comments:
Post a Comment