Sebenarnya cinta |
Kembara blog yang sengaja kukerapkan banyak membina dan menyindirku daripada
dalam. Dari suatu pelusuk yang aku sendiri tidak tahu mana asalnya. Di situ
kisah cinta pertamaku terbangkit. Bagai tidak percaya, cinta yang pergi itu datang kembali.
Menyengat dan mendesak untuk aku kembali menyintainya. Terfikir masakan pena
yang patah atau paling tidak bertahun lamanya tumpul mampu kutajamkan kembali.
Melihat rata-rata penulis blog merenda rasa melalui patah-patah atau
bait-bait indah yang dilahirkan. Pernah aku bercerita pada seorang teman, rasa
menulis atau berkarya yang kubahasakan cinta di sini terhenti kerana tiada
penghargaan sewajarnya tentang nilai bahasa kini. Tapi masakan harus berhenti?
Andai berhenti untuk apa sebenarnya erti berkarya? Apa pro dan apa kontranya? Hamparkan aku
jalan menujuNYA.
2 comments:
Assalamualaikum Serunai..
Pertama sekali anda harus tahu apakah tujuan berkarya.
Lain Padang lain belalang. Lain orang lain tujuannya.
Tepuk dada tanya selera.. :)
Terima kasih. :)
Post a Comment