Wednesday 8 February 2012

Cinta


Sebenarnya cinta
Kembara blog yang sengaja kukerapkan banyak membina dan menyindirku daripada dalam. Dari suatu pelusuk yang aku sendiri tidak tahu mana asalnya. Di situ kisah cinta pertamaku terbangkit. Bagai tidak percaya, cinta yang pergi itu datang kembali. Menyengat dan mendesak untuk aku kembali menyintainya. Terfikir masakan pena yang patah atau paling tidak bertahun lamanya tumpul mampu kutajamkan kembali. Melihat rata-rata penulis blog merenda rasa melalui patah-patah atau bait-bait indah yang dilahirkan. Pernah aku bercerita pada seorang teman, rasa menulis atau berkarya yang kubahasakan cinta di sini terhenti kerana tiada penghargaan sewajarnya tentang nilai bahasa kini. Tapi masakan harus berhenti? Andai berhenti untuk apa sebenarnya erti berkarya? Apa pro dan apa kontranya? Hamparkan aku jalan menujuNYA.

2 comments:

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Serunai..

Pertama sekali anda harus tahu apakah tujuan berkarya.
Lain Padang lain belalang. Lain orang lain tujuannya.

Tepuk dada tanya selera.. :)

Serunai said...

Terima kasih. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...