Thursday 16 February 2012

Sangkaan

Hiasan
Ada sangkaan baik,
Ada sangkaan buruk.


Orang beribadah disangka riak,
Orang relaks disangka malas,
Orang berbaju baru disangka menunjuk,
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina),
Orang makan banyak disangka pelahap,
Orang makan sedikit disangka diet,
Orang senyum disangka mengejek,
Orang masam disangka merajuk,
Orang bermuzakarah disangka mengumpat,
Orang diam disangka menyendiri,
Orang menawan disangka memakai susuk,
Orang tampak ceria disangka ada membela.


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya.


Jauhi sikap suka bersangka-sangka,
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah,
seperti musnahnya kayu dimakan api,
satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat,
semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya.

7 comments:

musoza said...

macam2 tafsiran orang

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Serunai..

Manusia suka berprasangka.. Lebih2 lagi bersangka buruk.. Mereka jadi seronok..

Serunai said...

Deru, kan indah lau sume org bersangka baik...

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

~Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, sukses tanpa perjuangan. Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan.. Bukankah indahnya pelangi baru kita rasakan setelah turunnya hujan?~

Assalamualaikum...salam ziarah, teruskan perjuangan, may Allah Bless us ^_^

Serunai said...

Terima kasih atas kesudian menziarahi tapak saya. Benar, bila segala kesulitan dilalui barulah rahmatNya kan terasa.

Nur_Ma"Khairatun Hisan" >Cikgu Akma Kasim said...

Bersama kesulitan itu pasti ade kemudahan, Be believe ^_^

Teruskan Thabat mencintai Islam dan TuhanNya, insyaAllah...byk entry2 yang baik dan best kat sini...teruskan dgn penulisan yg bermanfaat ^_^

Serunai said...

InsyaAllah Nur. Entri yang disiar di harap dapat dicerna dengan baik.. Terima kasih saudari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...