Sketsa Cinta Rimba |
Sebagai
penghulu, aku akan
mendapatkan dahulu sinar
mentari dalam proses
fotosintesis mamandangkan susuk
tubuhku yang jauh
lebih tinggi berbanding
pihak di bawah
jajahanku yang lain.
Biarpun begitu, amanahku
bila distribusi garam
diperlukan oleh kaumku tidak
pernah kuabai. Berkat
kegigihan akar empat
keratku ini telah
menjadikanku lebih dihormati
di sini.
Meskipun begitu,
susuk kebangganku kini
mandatangkan segunung kegelisahan
dek kebuasan pembalak
haram. Dalam tempoh
tidak sampai dua
dekad, sudah ramai
saudara-maraku yang telah
terkorban. Pak Cengal,
penghulu sebelumku juga
telah menjadi mangsa
kebuasan mereka dalam
tragedi berdarah tidak
lama dahulu.
Waktu pembunuhan
kejam Pak Cengal,
aku sempat melihat
darahnya menjengul daripada
takikan dan garitan
angkara bedebah pembalak
haram. Pak Cengal
mencerit kesakitan tatkala
iranya habis diputuskan.
Tidak beberapa lama,
Pak Cengal meninggal
dunia yakni menyembah
bumi.
Episod kematian
Pak Cengal tidak
terhenti di situ taktala
isteri tersayangnya, Mak
Cengal bertindak nekad dengan membunuh
diri!
Dia sengaja
membiarkan dirinya digomol
angkatan anai-anai yang
senantiasa dahagakan dedaging
kami. Segalanya demi
kewaadannya pada suami
tercinta. Tidak rela
dia menjadi janda!
“Tuan Meranti,”
ucap jiranku, Long
Kerengga yang sudah
lama tumpang berumah
tangga pada susukku
sekaligus memancung lamunan
yang sengaja kubiar
berpanjangan.
“Ada apa,
Long?” tanyaku setelah
kulihat raut menggarahnya
terpapar.
“Mereka datang
lagi, malah lebih
ramai.” Jawab Long
kelelahan.
“Siapa mereka
tu?” tanyaku mencari
kepastian, kendatipun bayangan
pembalak haram lekas mengawang dalam
mindaku.
“Siapa lagi
kalau bukan bedebah-bedebah itulah,”
ujar Long lagi.
Ringkas. Tapi cukup
untuk membangkitkan dendam
kesumatku yang belum
lagi terbalas setelah
sekian lama. Jitu
benar ramalanku tadi.
“Macam mana
kau tahu berita
ni?”
“Tuan, saya
lihat dengan mata
dan kepala saya
sendiri. Kali ini
mungkin lebih tragis
lagi, bukan kaum
tuan sahaja yang
mungkin tergugat. Puak
Pak Belang pun
mungkin akan terkorban
sama.”
“Kenapa Long
cakap macam tu?”
ujarku mencari kesahihan
yang dibawa Long.
“Aku lihat
mereka datang dengan
pacuan empat roda
merentasi anak sungai
tadi. Ramai. Mereka
juga lengkap bersenjata.
Senjata itulah yang
akan menamatkan riwayat keturunan
Pak Belang. Mungkin.”
“Ish, jangan
kau celupar sangat,
itu masih belum
pasti. Jangan-jangan mereka
datang nak tembak
kau, nak hapuskan
seluruh keluarga kau.”
Sambungku.
“Apapun, kita
jangan buang masa.
Aku nak malam
ini kau kumpulkan
semua penghuni belantara
di sini. Aku
nak adakan mesyuarat
tergempar.” Perintahku kepada
Long. Perintah agar
dapat mengubah nasib
semua.
Rangkak Long
hilang dalam kekelaman
yang masih bertandang.
Suasana pagi
sedikit suram, mungkin
kerana segala isi
belantara ini dalam
kecaburan. Kesiangan berlalu. Kedamaian petang pula berbeda benar,
tiada isi belantara
yang berani keluar
beriadah. Perintah berkurung
telah berkuatkuasa.
5 comments:
Karya yang juga terhasil selepas minggu penulis..untuk dimuat ke antologi MPR. Rasmi, berformat double spacing line dan word. Biarlah! Malas diedit lagi. Buat semua.
Alam ini telah lama menangis...
Assalamualaikum,
Membalas kunjungan.
Karya yang indah. Renungan untuk kita penghuni alam yang dianugerah akal olehNYA
begitulah kalau hidup dikuasai kapitalis!
Waalaikummussalam cikguNae. Terima kasih atas kunjungan balas anda. Sekadar karya biasa, ingin kembali mengasah pena.
Benar kata anda insan marhaen. Bila kapitalis menjadi raja pasti segalanya akan binasa. Terima kasih atas kunjungan anda. Satu penghargaan, daripada senior.
Salam Serunai,
Saya akan komen di akhir cerita ya.. :)
Post a Comment