Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Thursday, 8 March 2012

Imam Baling Kasut


Perbicaraan
  • Membaling kasut pada orang memang dianggap biadap.
  • Tapi ianya tidak selama lamanya biadap, terutamanya dalam menuntut keadilan.
  • Hoslan Hussain adalah bukti bahawa menuntut keadilan mesti melepasi batas kebiadaban.
  • Jiwa Hoslan Hussain adalah jiwa merdeka. Beliau imam merdeka.
  • Beliau tidak terikat dengan kepala otak penjajah. Sistem tidak memperbodohkan beliau.
  • Beliau bertindak kerana beliau merasakan beliau benar dan sistem yang ada salah, syabas.
  • Jiwa merdeka Hoslan Hussain adalah contoh melawan penguasa zalim.
  • Kalau Hakim boleh dibaling kasut, VK Linggam patut dibaling apa?
  • Hakim yang bersara dapat projek bilion ringgit patut dibaling apa?
  • Menteri yang khianat dengan Projek Jutaan Ringgit bila perlu dibaling?
  • Semoga Imam Hoslan Hussain jadi idola jiwa merdeka.
  • Jiwa yang tiada ketakutan melainkan Allah.
  • Bila lihat Imam membaling kasut pada Hakim, baru sedar bahawa aku masih dijajah!

Keluarga


Rentetan peristiwa:-
  •  Nama beliau adalah Imam Hoslan Hussin, berusia 46 tahun.
  •  Beliau telah mengesyaki terdapat penyelewengan duit masjid telah berlaku.
  •  Lalu mengadu, tetapi sebaliknya terjadi beliau pula telah digari di dalam masjid sedangkan  beliau imam yang membaca khutbah.
  •  Kes ini telah di bawa ke mahkamah, tetapi kes tidak di layan.
  •  Berang dengan ketidakadilan, beliau telah bertindak melempar selipar ke arah hakim.   Kemudian, melakukan solat sunat di dalam mahkamah.
  • Sekali lagi ke mahkamah. Beliau solat sunat lagi, kali ini di luar mahkamah pula.
  • Kes didengar semula, tapi bukanlah kes penyelewengan. Kes didengar untuk pertuduhan telah menghina mahkamah yang dikatakan kesalahan serius (melebihi penyelewengan duit masjid! ).
  • Mahkamah yang 'adil lagi bijaksana' memutuskan beliau dipenjara 1 tahun kerana melempar selipar (walaupun tidak mengenai sesiapa).
  • Keadilan yang dicari, penjara yang diberi.

"Anak-anakku, sabar..sabar menanti ayahmu ini pulang. Hanya setahun.. Biar manusia benci, janji Allah redha. Hidup untuk Allah, bukan untuk manusia." (smk)

"Biar title 'imam'mu dipecat di sisi manusia, Kau tetaplah seorang imam di sisi Tuhan (Allah)!

Sahabat Buraidah ra berkata, bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

 "Hakim ada tiga jenis, dua daripadanya masuk neraka dan yang satu masuk syurga. Yang masuk syurga adalah hakim yang mengetahui hukum yang hak kemudian dia memberi hukum dengan yang hak tersebut, dan yang masuk neraka; Hakim yang mengetahui hukum yang hak, tetapi dia curang dalam memberikan hukum. Dan hakim yang tidak mengetahui hukum yang hak, kemudian dia memberi hukum dengan kebodohannya." 

-(HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).



Sunday, 19 February 2012

Solat

Penenang jiwa
1) Niat Sembahyang -:
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2) Berdiri Betul -:
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3) Takbiratul Ihram -:
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4) Fatihah -:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5) Rukuk -:
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6) Iktidal -:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam
kubur.

7) Sujud -:
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim

8) Duduk Antara Dua Sujud (awal) -:
Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9) Duduk Antara Dua Sujud (akhir)-:
Menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar.

10) Tahiyat Akhir -:
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh
mungkar & nakir didalam kubur.

11) Selawat Nabi -:
Sebagai pendinding api neraka di dalamkubur.

12) Salam -:
Memelihara kita di dalam kubur.

13) Tertib -:
Akan pertemuan kita dengan Allah.

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?

Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasulullah s. a. w. bersabda,
Sampaikanlah pesanku , biarpun hanya satu ayat..."


Monday, 13 February 2012

Keburukan Sambutan Valentine - 2


Sedarlah
Berdasarkan penerangan di atas, jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Hari Valentine dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang Islam menyertainya kerana ia adalah hari perayaan bagi orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak.

Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Hakikatnya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya.

Dalam Islam ada tiga kategori kasih. Pertama, kasih Pencipta (Allah) kepada hamba-Nya. Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.

Banyak ayat al-Quran dan hadis menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.

Allah menjelaskan keagungan nikmat-Nya kepada makhluk-Nya melalui nikmat kasih sayang yang tafsirnya: "Dan (Dialah) yang menyatupadukan antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan antara (hati) mereka." (Surah al-Anfaal, ayat 63).
Firman-Nya lagi bermaksud: “Lalu Allah menyatukan antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara." (Surah Ali Imran, ayat 103).
Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah sangat mencela dan mengingatkan dengan keras terhadap perpecahan sesama makhluk. Allah juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.

Kasih sesama makhluk pada sifatnya tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan. Tetapi kasih hamba kepada pencipta-Nya dengan iman dan takwa dan kasih Pencipta kepada hamba-Nya adalah berkekalan. Hal ini jelas seperti firman Allah bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad saw): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali Imran, ayat 31).

Oleh itu, sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang Kristian. Sebaliknya, hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah dengan melakukan perkara yang mendatangkan manfaat, yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah.

‘Hari Kekasih’ yang dibawa oleh orang Barat tanpa disedari bertujuan meleka dan merosakkan akhlak masyarakat Islam.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah berfirman bermaksud :

"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Baqarah, ayat 120-121)

Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang Islam. Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka, bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti mulia.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah, asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perkara seperti ini bukan saja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

Keburukan Sambutan Valentine - 1

Sedarlah
KEDATANGAN 14 Februari setiap tahun dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi meluah atau menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Hari Valentine atau ‘Hari Kekasih’ disambut dengan pelbagai cara dan acara dari kiriman kad dan bunga hingga parti tari menari.

Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini, turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikannya hanya suka-suka dan terikut-ikut untuk keseronokan tanpa mengetahui sejarahnya.

Dalam The World Book Encyclopedia 1998 dijelaskan bahawa hari kasih sayang sebenarnya adalah budaya bangsa Rom Kuno (ancient Roman) yang diadakan setiap 13 hingga 18 Februari untuk menghormati Dewi Cinta.

Acara ini bermula pada 13 Februari, iaitu setiap gadis akan menuliskan namanya pada sehelai kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Kemudian pada 14 Februari setiap pemuda akan memilih satu lipatan kertas dalam kotak itu. Mereka akan hidup bersama perempuan yang ada namanya dalam lipatan kertas itu selama satu tahun. Jika dalam masa itu mereka menganggap diri masing-masing sesuai antara satu sama lain dan saling mencintai, maka kedua-duanya akan dinikahkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia.

Selepas agama Kristian memasuki Rom, maka mereka mengambil dan mewarnai upacara tradisi ini dengan unsur Kristian serta menjadikannya sebahagian daripada ajaran agama mereka.

Menurut Encyclopedia Britanica, pada 496 Masihi, Gelasius I menjadikan upacara ini satu bentuk daripada perayaan gereja dan menukar Lupercalia kepada Valentine's Day. Ia untuk menghormati St Valentine, iaitu seorang yang dianggap suci dalam agama Kristian yang kebetulan mati pada 14 Februari.

The Catholic Encyclopedia pula menjelaskan bahawa ada tiga orang suci (saint) dalam agama Kristian yang mempunyai nama Valentine. Mereka ialah orang yang dianggap memiliki jasa besar terhadap agama itu. Antara mereka ialah St Valentine yang hidup pada zaman Claudius II.

Mengikut beberapa sumber, Valentine, seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rom.

Pada masa pemerintahannya, Claudius II memenjara orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa dalam penjara.

Dia walaupun berada dalam penjara, tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan. Valentine juga membantu tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini diketahui Raja Rom dan dia diseksa. Akhirnya dia dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang Kristian menganggap Valentine seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati antara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara. Pada akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang Kristian mengambil sempena 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine.

Kebiasaan mengirim surat pada Hari Valentine dimulakan oleh The Duke of Orleans yang dipenjara di Tower of London pada 1415.

Pada setiap 14 Februari, dia akan mengirimkan surat berupa puisi kasih sayang kepada isterinya di rumah.

Perbuatan ini kemudian ditiru oleh masyarakat Barat.

Friday, 10 February 2012

Peringatan Maulidur Rasul

Hiasan semata
Mimbar Jumaat pada kali ini tajam tapi benar sekali. " Maulidur Rasul disambut oleh 2 jenis golongan islam, golongan yang menyintai Baginda pada lisan dan meneruskan perjuangan Baginda melalui tindakan dan yang menyintai Baginda pada lidah tetapi menentang perjuangan Baginda melalui tindakan mereka"- ulasan tidak tepat seratus peratus tapi begitulah rumusan ringkasnya. Ada juga tentang menyintai Baginda dengan memelihara sunnah Baginda. Tentang ganjaran atas memelihara sunnah. Pahala sebagaimana mati syahid. Dan di mimbar itu juga suatu kisah disingkap, seorang kolumnis arab saudi, Hamza Kashgari ditangkap di KLIA atas kesalahan menghina Nabi Muhammad SAW. Di sana, (tanah kelahiran kolumnis) ada Masjid Nabawi dan di situ jua wujudnya Kaabah. Bagaimana pula agaknya fenomena yang sebenar di tempat kita? Ini persoalannya.

Catatan Kembara,
Masjid At Taqwa, Batu 6,
10 Februari 2012.

Tuesday, 7 February 2012

Mangkuk, Madu & Rambut!

Mangkuk, madu & rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a.,Umar r.a.,Usman r.a.,berkunjung ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fatimahr.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan didalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika itu sehelai rambut terikut didalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abu Bakar r.a. berkata,"iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut". Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Usman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha. berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk  ber'amal adalah Lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan  ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan  agama islam itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta;  Dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Surga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat surga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju surga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Monday, 6 February 2012

Sudahkah Kamu Bersedia

Pertemuan denganNYA
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Saturday, 4 February 2012

Hanya Satu


Satu
Hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.

Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:

“Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”

Sunday, 29 January 2012

Ayuh Berjuang

Masa depan
Suka melihat gelagat ramai. Ada yang menang hadiah, ada yang menang sorak, semua bergembira. Andai diberi peluang aku juga ingin bergembira dan berbahagia seperti mereka. Terlalu ingin sekali. Mereka gembira kerana kejayaan, mereka berjaya kerana mereka berusaha, sekeras mana itu taruhan mereka. Nah! buah paku keras ada, nak berbahagia tanpa berjaya daripada berusaha. Mana mungkin! Mustahil. Generasi sepertiku patut buka mata. Jangan dibuai mengantuk, nanti kita kan rebah ditangga! Ayuh buka langkah. Berlari semahunya bila landasan telah tersedia. Tanpa kau sedar betapa berharga nikmat masa yang ada. Jangan sesekali gentar. Allah ada untuk kita. Kita bukan yang pertama, bukan yang kedua, dan bukan juga pemegang bilangan seterusnya diuji untuk terus berdiri disini.. kita penyambung perjuangan cuma! Bangkit berjuang. Demi suatu masa dan nasib yang telah kita perjudikan tanpa rela atau sangka. Ayuh!

Friday, 27 January 2012

Bila Doa Menggapai NYA..!


Doa itu senjata
Bismillah. Dengan namaMU aku menuntun jemari. Selamat sejahtera kepada semua. Betapa hebatnya kekuasaan suatu doa. Awas andai pernah menzalimi sesiapa. Kita sememangnya sebatang tubuh manusia yang tidak sempurna, tapi tiket itu tidak wajar digunakan menempah neraka Allah!

1.Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." (Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan)




2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة

"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." (Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)




3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:

اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين

" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemuliaan dan keagunganKu, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama. (Hadis riwayat Tabrani - sanad hasan)



4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر

" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." (Hadis riwayat Baihaqi - sahih)



5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:

دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه

" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." (Hadis hasan riwayat at-Tayalasi)

Thursday, 26 January 2012

Keindahan dalam Ujian


Assalamualaikum pada semua.Alhamdulillah disaat ini lagi masih diberi kekuatan dan kesempatan untuk membiarkan hati ini memasang layar untuk berkelana di lautan rasa kurniaanNYA dengan mencoret disini untuk pertama kalinya dalam hidup. Agak terlambat kurasakan, namun kuharap masih belum terlewat. Aku berharap dan pasti! Pesan Kekasih Allah, Junjungan Mulia Rasulullah pernah berpesan kalaupun kamu tahu esok adalah hari kiamat dan di tangan kamu ada satu benih, tanamlah benih digenggaman kamu dahulu.

Seringkali akal terfikir mengapa ujian yang menimpa diri terkadang tidak bersebab yang jelas, mungkin itu adalah resmi alam. Terjadi mengikut putaran alam atas kehendak penciptanya, adat kita sebagai hamba harus akur dengan ketentuan tuannya. Setepatnya, dengan ujianlah kita akan membuka mata seluasnya tentang kejadian tuhan. 

 Firman Allah: “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Qs. Al-Ankabut : 2-3)

Segala yang terjadi mungkin tidak memerlukan sebab musabab tetapi adalah jauh lebih penting bagaimana ia terkesan dan meresap sedalamnya ke dalam diri kita. adakah kita masih ditakuk lama atau telah tersedar akan satu cahaya baru menanti, cahaya yang selama ini bukanlah tidak disuluh atau tersuluh, cuma tadak mampu menarik perhatian kita yang berada dalam zon selesa. Hidup yang jauh dari kefakiran, (makan, minum, dan pakai masih sentiasa mencukupi, walau tidak berlebihan) rakan- rakan yang tetap bersama walau tetap dalam kelalaian, keamanan yang barangkali sudah agak cukup (jauh dari malapetaka atau perang sengketa). 

Allah Maha besar. Maha penyayang. Maha pengampun, tiada ciptaanNYA setara dengan kesempurnaanNYA. Walau telah dilahirkan dalam zon selesa begitu, ujian tetap bertandang, silih berganti. Terkadang membebani seluruh hati. Sepedih dan seberat manapun beban kekecewaan yang ditanggung adalah menjadi kewajipan kita untuk redha dan bersangka baik. Allah lebih tahu apa yang tersarat di benak jua yang terpendam dalam hati. Mintalah ketenangan daripadaNYA. Hidup biarlah beriman dan mati biarlah bermaruah! InsyaAllah. Sedar atau tidak, ujian tertimpa adalah kerana Allah telah memilih kita untuk diuji, dengan kata lain Allah lebih menyayangi kita berbanding manusia lain yang dikekalkan dengan ujian kebahagiaan, kegembiraan, kemewahan yang secara totalnya adalah terlalu bersifat sementara. Hayati 5 perkara sebelum 5 perkara. Kita tahu di mana kita sebenarnya dan bagaimana seharusnya kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...