Showing posts with label Humor. Show all posts
Showing posts with label Humor. Show all posts

Wednesday, 7 March 2012

Mangga

Mangga
Ada dua orang budak bodoh-bodoh alang. Pada suatu hari,dalam perjalanan balik sekolah ,mereka ternampak pokok mangga yang berbuah ranum kepunyaan Pak Abas.

Mereka pun berfikir maca mana hendak mengambil buah mangga yang masak itu.

Budak 1 pun ternampak selonggok batu dan muncul lah sesuatu idea.

Budak 1 : apa kata kita baling buah mangga tu dengan batu tu? -sambil menunjuk ke arah batu.

Budak 2 : wah bagus, otak awak sungguh bergeliga.haha

mereka pun memulakan membaling batu ke arah buah2 mangga itu.

Tapi tidak ada satu pun kena sasaran

budak 2 : tunggu!!!buat penat saja kita baling,tidak tahu masak atau tak.

Budak 1 : betul juga!apa kata saya pergi panjat dan tengok masak atau tak?

Budak 1 pun memanjat pokok mangga itu dan memicit satu per satu buah mangga itu!
Dia pun turun dan berkata pada kawannya

Budak 1 : semua buah diatas itu masak semua,jom kita baling semua sampai gugur!! ???

Thursday, 1 March 2012

DUN?

Sekadar Hiasan
Summary of DUN Pilihanraya :

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
DUN yg paling panas , DUN Pedas
DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
DUN yg ada istana , DUN Kota Raja
DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga
DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
DUN banyak air , DUN Ampangan
DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu
DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
DUN paling bahaya , DUN Baling
DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut
DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang , DUN Kijang
DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
DUN paling garang, DUN Senggarang
DUN paling banyak berahsia, DUN Tell Anybody

p/s: Rahsia DUN.. hahaha

Sunday, 19 February 2012

Temuduga Lanun

Calon temuduga
Seorang lelaki yang kudung kakinya, tangannya bercangkuk dan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.

Penemuduga: "Bagaimana kaki kamu boleh kudung?"

Lelaki: "Cedera ketika perang dunia kedua."

Penemuduga: "Kenapa tangan kamu bercangkuk?"

Lelaki: "Terpotong dengan pisau besar!"

Penemuduga: "Mata kamu pula?"

Lelaki: "Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada 
seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya."

Penemuduga: "Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal
sebelah?"

Lelaki: "Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan
cangkuk untuk menyapu tahi itu."

Penyamaran

Toyol
Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain
bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.
Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya..

"Hey Hashim..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera
mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar
ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata..

Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim" Kerana
kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"
Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Saturday, 4 February 2012

Bahaya Facebook

 
Risiko nyawa dipertaruhka
Kalau sampai macam ni sekali, adalah menjadi kewajiban menghindari pengaruh Facebook dalam hidup anda. Mungkin terpaksa memanjat pokok kelapa semata- mata kerana mencari singnal Wifi.

Masa depan Google?

Google klasik

Google suatu masa dahulu, bayangkan betapa susahnya Mr. Google berusaha untuk berada ditahap sedia ada kini. Contohi Mr. Google.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...