Sketsa Cinta Rimba |
Sudah dua
purnama Pak Belang
tidak kelihatan. Nasibnya
malang kerana
dibawa pulang pembalak-pembalak itu
bersama. Kerabat Pak
Belang tidak mampu
menghalang, tabrakan senapang
lebih kejam dari
terkaman kerabatnya.
Pak Belang
mungkin telah dijual,
kerana kata Long,
kulit Pak Belang lebih
berharga daripada kulitku.
Lebih berharga bila dijadikan barangan
mewah untuk manusia.
Panas terik
begini tidak mungkin
dapat menyejat ingatanku
pada Pak Belang, biarpun
sesekali dedaun longlaiku
galak menghempas lantai
bumi.
Pak
Belang muncul lagi.
Tiada lagi raut kesakitan padanya.
Malah dia lebih
bertenaga.
“Apa mungkin
ini gerangan Pak
Belang. Entah–entah rohnya
yang kehausan dendam
lantaran sikapku dahulu
yang seakan menjadikannya
umpan!” Hatiku lekas
mengkonklusi.
“Pak Meranti,
Pak Belang dah
pulang,” celah anak-anak
Long Kerengga. Long
tiada, dia pergi
bekerja!
“Bagaimana kau
boleh kembali, Pak
Belang?” ucapku mencari
kenyataan.
“Pak
Meranti, sesungguhnya kita
terlalu prejudis terhadap
mereka, mereka datang
bukan sebagai pembalak
haram tapi sebagai
pencinta alam, aku
menyedarinya setelah kulihat
zuriat generasimu wujud
dalam kenderaan mereka.
Dalam beg plastik
hitam. Mungkin untuk ditanam di
kawasan lapang dalam
belantara kita ini.”
“Di
tempat mereka, aku
diubati dan mendapat
layanan yang baik
biarpun terkurung dalam
geriji besi.”
“Kini, setelah
aku sembuh, aku
dilepaskan semula ke
belantara ini. Agar
dapat mengekalkan kemandirian
spesiesku, supaya tidak
pupus.”
“Kalau begitu,
aku telah memfitnah
mereka mengikut kata
hati dan sesungguhnya
aku telah bersalah
padamu, Pak Belang.”
“Jangan dikesalkan
kesilapan yang lalu,
tapi berusahalah untuk
membetulkan kesilapanmu itu.”
“Sedarilah, dalam
dunia ini bukan
semua manusia kejam,
tidak cintakan alam.
Masih ada yang
sudi memberi bantuan
agar kita, hidupan
yang jauh berbeza
daripada mereka dapat
terus menikmati segala
kenikmatan alam.”
Kepulangan Pak Belang
membawa semerbak harapan
kepada seluruh penghuni
belantara ini untuk
terus berjuang dalam
kehidupan. Syukur pada
Tuhan. Nasib kami terbela
jua setelah sekian
lama. Adiwarna belantaraku dengan kamamu,
manusia.
TAMAT
5 comments:
Bukan semua manusia itu kejam terhadap haiwan. Dan bukan semua haiwan itu ganas terhadap manusia.
Pembunuh Tanpa Bayang :
baru perasan entry ini bersiri rupanya.nampaknya aku perlu baca dari mula =)
Cerpen yang sengaja dipecah. Benar, itu yang tersurat.
Salam Serunai..
Hari ni saya khatam membaca. Sketsa keharmonian alam sejagat. Jika ramai lagi manusia pemusnah, tapi tidak kurang juga pencinta alam yang mempertahan kan nya.
Silakan terus berkarya, supaya dapat menjadi teman waktu terluangku.
Terima kasih.
Wssalam Deru Ombak. Karya yang terlalu biasa ini adalah untuk semua. Diharap yang tersurat dan tersirat darinya mampu memanusiakan manusia. Terutama memanusiakan diri sendiri ini. Sama- sama.
Post a Comment